Sesiapa yang menyuap saudaranya sesuap daripada manisan,

TEKS BAHASA ARAB

 مَنْ لَقَّمَ أَخَاهُ لُقْمَةً حُلْوَةً صَرَفَ اللهُ عَنْهُ مَرَارَةَ المَوْقِفُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyuap saudaranya sesuap daripada manisan, Allah akan menjauhkannya daripada kepahitan di PadangMahsyar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Direkodkan oleh al-Khatib al-Baghdad (4/85-86) dan Ibnu Jauzi di dalam kitab al-Maudhu’at (179-180). Ibnu Jauzi berpendapat hadis ini tidak sahih. Rujuk: al-Lali’ al-Masnu’ah (2/236) dan al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 182).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon