Sesiapa yang mendirikan solat pada hari Arafah antara zuhur dan asar

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم عرفة بين الظهر والعصر أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وقل هو الله أحد خمسين مرة كتب الله له ألف ألف حسنة ورفع له بكل حرف درجة في الجنة بين كل درجتين مسيرة خمسمائة عام ويزوجه الله بكل حرف في القرآن حوراء مع كل حوراء سبعون ألف مائدة من الدر والياقوت على كل مائدة سبعون ألف لون من لحم طير خضر برده الثلج وحلاوته حلاوة العسل وريحه ريح المسك لم تمسه نار ولا حديد تجد لآخره طعاما كما تجد لأوله ثم يأتيهم طير جناحاه من ياقوتتين حمراوين ومنقاره من ذهب له سبعون ألف جناح فينادي بصوت لذيذ لم يسمع السامعون بمثله مرحبا بأهل عرفة ويسقط ذلك الطير في صحفة الرجل منهم فيخرج من تحت كل من أجنحته سبعون لونا من الطعام فيأكل منه وينتفض فيطير فإذا وضع في قبره أضاء له بكل حرف من القرآن نور حتى يرى الطائفين حول البيت ويفتح له باب من أبواب الجنة ثم يقول عند ذلك رب أقم الساعة مما يرى من الثواب والكرامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendirikan solat pada hari Arafah antara zuhur dan asar sebanyak empat rakaat dan dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali, Allah akan menulis baginya 1 000 000 kebaikan dan mengangkat darjatnya dengan setiap huruf di syurga di mana jarak di antara dua darjat sejauh 500 tahun. Dan Allah akan mengahwinkannya dengan bidadari-bidadari sebanyak setiap huruf di al-Quran, dan bersama setiap bidadari 70 000 hidangan daripada mutiara dan permata, terdapat di atas setiap hidangan 70 000 warna daging burung yang hijau yang mana sejuknya seperti salji dan kemanisannya seperti manisnya madu, dan baunya seperti bau kasturi yang tidak terkena api atau besi, kamu akan dapati pada akhirnya ada makanan sepertimana yang kamu dapati pada awalnya. Kemudian akan datang kepada mereka burung yang sayapnya daripada permata yang berwarna kemerah-merahan dan paruhnya daripada emas serta padanya 70 000 sayap. Maka dia akan memanggil-manggil dengan bunyi yang merdu tidak pernah lagi didengari seperti itu: Selamat datang kepada penduduk Arafah. Lalu burung itu jatuh di piring seorang lelaki daripada mereka, maka keluar dari sebalik setiap sayapnya 70 jenis makanan dan dia makan daripada itu lalu dia bergerak dan terbang. Maka jika diletakkan di dalam kuburnya, ia bercahaya dengan setiap huruf di al-Quran. Sehingga dilihat orang-orang yang melakukan tawaf di keliling Kaabah dan dibuka baginya pintu daripada pintu-pintu syurga. Kemudian dikatakan pada waktu itu: “Tuhanku, bangkitkan kiamat segera”, setelah melihat daripada ganjaran dan kemuliaan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 87-88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى يَوْمَ عَرَفَةَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خَمْسِينَ مَرَّةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَرُفِعَ لَهُ بِكُلِّ حَرْفٍ دَرَجَةً فِي الْجَنَّةِ بَين كل دَرَجَتَيْنِ مسيرَة خَمْسمِائَة عَامٍ وَيُزَوِّجُهُ اللَّهُ بِكُلِّ حَرْفٍ فِي الْقُرْآنِ حَوْرَاءً مَعَ كُلِّ حَوْرَاءٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَائِدَةٍ مِنَ الدُّرِّ وَالْيَاقُوتِ عَلَى كُلِّ مَائِدَةٍ سَبْعُونَ أَلْفَ لَوْنٍ مِنْ لَحْمِ طَيْرٍ خُضْرٍ بَرَدُهُ الثَّلْجُ وَحَلاوَتُهُ حلاوة الْعَسَل وريحه ريح الْمِسْكِ لَمْ تَمَسَّهُ نَارٌ وَلا حَدِيدٌ تَجِدُ لآخِرِهِ طَعَامًا كَمَا تَجِدُ لأَوَّلِهِ ثُمَّ يَأْتِيهِمْ طَيْرٌ جِنَاحَاهُ مِنْ يَاقُوتَتَيْنِ حَمْرَاوَيْنِ وَمُنْقَارُهُ مِنْ ذَهَبٍ لَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ جَنَاحٍ فَيُنَادِي بِصَوْتٍ لَذِيذٍ لَمْ يَسْمَعِ السَّامِعُونَ بِمِثْلِهِ مَرْحَبًا بِأَهْلِ عَرَفَةَ وَيَسْقُطُ ذَلِكَ الطَّيْرِ فِي صَحْفَةِ الرَّجُلِ مِنْهُمْ فَيَخْرُجُ مِنْ تَحْتِ كُلِّ مِنْ أَجْنِحَتِهِ سَبْعُونَ لَوْنًا مِنَ الطَّعَامِ فَيَأْكُلُ مِنْهُ وَيَنْتَفِضُ فَيَطِيرُ فَإِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ أَضَاءَ لَهُ بِكُلِّ حَرْفٍ مِنَ الْقُرْآنَ نُورٌ حَتَّى يَرَى الطَّائِفِينَ حَوْلَ الْبَيْتِ وَيُفْتَحُ لَهُ بَابٌ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ ثُمَّ يَقُولُ عِنْدَ ذَلِكَ رَبِّ أَقِمِ السَّاعَةَ مِمَّا يَرَى مِنَ الثَّوَابِ وَالْكَرَامَةِ.
أَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ بِسَنَدِهِ عَنِ النَّهَّاسِ بْنِ قَهْمٍ عَنْ قَتَادَة عَن سعيد ابْن الْمُسَيِّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَقَالَ مَوْضُوعٌ فِيهِ ضُعَفَاءُ وَمَجَاهِيلُ وَالنَّهَّاسُ لَا يُسَاوِي شَيْئًا انْتَهَى. وَأَقَرَّهُ السُّيُوطِيُّ وَابْنُ عِرَاقٍ وَغَيْرُهُمَا.

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى يَوْمَ عَرَفَةَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خَمْسِينَ مَرَّةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَرُفِعَ لَهُ بِكُلِّ حَرْفٍ دَرَجَةً فِي الْجَنَّةِ بَين كل دَرَجَتَيْنِ مسيرَة خَمْسمِائَة عَامٍ وَيُزَوِّجُهُ اللَّهُ بِكُلِّ حَرْفٍ فِي الْقُرْآنِ حَوْرَاءً مَعَ كُلِّ حَوْرَاءٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَائِدَةٍ مِنَ الدُّرِّ وَالْيَاقُوتِ عَلَى كُلِّ مَائِدَةٍ سَبْعُونَ أَلْفَ لَوْنٍ مِنْ لَحْمِ طَيْرٍ خُضْرٍ بَرَدُهُ الثَّلْجُ وَحَلاوَتُهُ حلاوة الْعَسَل وريحه ريح الْمِسْكِ لَمْ تَمَسَّهُ نَارٌ وَلا حَدِيدٌ تَجِدُ لآخِرِهِ طَعَامًا كَمَا تَجِدُ لأَوَّلِهِ ثُمَّ يَأْتِيهِمْ طَيْرٌ جِنَاحَاهُ مِنْ يَاقُوتَتَيْنِ حَمْرَاوَيْنِ وَمُنْقَارُهُ مِنْ ذَهَبٍ لَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ جَنَاحٍ فَيُنَادِي بِصَوْتٍ لَذِيذٍ لَمْ يَسْمَعِ السَّامِعُونَ بِمِثْلِهِ مَرْحَبًا بِأَهْلِ عَرَفَةَ وَيَسْقُطُ ذَلِكَ الطَّيْرِ فِي صَحْفَةِ الرَّجُلِ مِنْهُمْ فَيَخْرُجُ مِنْ تَحْتِ كُلِّ مِنْ أَجْنِحَتِهِ سَبْعُونَ لَوْنًا مِنَ الطَّعَامِ فَيَأْكُلُ مِنْهُ وَيَنْتَفِضُ فَيَطِيرُ فَإِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ أَضَاءَ لَهُ بِكُلِّ حَرْفٍ مِنَ الْقُرْآنَ نُورٌ حَتَّى يَرَى الطَّائِفِينَ حَوْلَ الْبَيْتِ وَيُفْتَحُ لَهُ بَابٌ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ ثُمَّ يَقُولُ عِنْدَ ذَلِكَ رَبِّ أَقِمِ السَّاعَةَ مِمَّا يَرَى مِنَ الثَّوَابِ وَالْكَرَامَةِ.
Hadis Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mendirikan solat pada hari Arafah antara zuhur dan asar sebanyak empat rakaat dan dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sebanyak 50 kali, Allah akan menulis baginya 1000000 kebaikan dan mengangkat darjatnya dengan setiap huruf di syurga di mana jarak di antara dua darjat sejauh 500 tahun. Dan Allah akan mengahwinkannya dengan bidadari-bidadari sebanyak setiap huruf di al-Quran, dan bersama setiap bidadari 70 000 hidangan daripada mutiara dan permata, terdapat di atas setiap hidangan 70 000 warna daging burung yang hijau yang mana sejuknya seperti salji dan kemanisannya seperti manisnya madu, dan baunya seperti bau kasturi yang tidak terkena api atau besi, kamu akan dapati pada akhirnya ada makanan sepertimana yang kamu dapati pada awalnya. Kemudian akan datang kepada mereka burung yang sayapnya daripada permata yang berwarna kemerah-merahan dan paruhnya daripada emas serta padanya 70 000 sayap. Maka dia akan memanggil-manggil dengan bunyi yang merdu tidak pernah lagi didengari seperti itu: Selamat datang kepada penduduk Arafah. Lalu burung itu jatuh di piring seorang lelaki daripada mereka, maka keluar dari sebalik setiap sayapnya tujuh puluh jenis makanan dan dia makan daripada itu lalu dia bergerak dan terbang. Maka jika diletakkan di dalam kuburnya, ia bercahaya dengan setiap huruf di al-Quran. Sehingga dilihat orang-orang yang melakukan tawaf di keliling Ka’bah dan dibuka baginya pintu daripada pintu-pintu syurga. Kemudian dikatakan pada waktu itu: “Tuhanku, bangkitkan kiamat segera”, setelah melihat daripada ganjaran dan kemuliaan.
Ibn al-Jauzi telah mengeluarkan hadis ini dengan sanadnya: Daripada al-Nahhas Bin Qahm, daripada Qatadah, daripada Sa’id Ibn al-Musayyib, daripada Abi Hurairah. Dia telah menilainya palsu kerana terdapat padanya perawi-perawi yang daif dan majhul (tidak dikenali). Al-Nahhas tidak menyamai sesuatu (tidak ada nilai). Selesai. Ini telah dipersetujui oleh al-Suyuthi, Ibn ‘Iraq dan yang selain daripada mereka.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs