Sesiapa yang menanggung saudaranya dengan tali selipar

TEKS BAHASA ARAB

من حمل أخاه على شسع كأنما حمله على دابة في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menanggung saudaranya dengan tali selipar (harta yang sedikit), maka ia seperti dia menanggungnya di atas seekor binatang pada jalan Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1005, hadis nombor 5178. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: من حمل أخاه على شسع كأنما حمله على دابة في سبيل الله. [الطبراني في مسند الشاميين، حل، الضعيفة (4590)].

(Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menanggung saudaranya dengan tali selipar (harta yang sedikit), maka ia seperti dia menanggungnya di atas seekor binatang pada jalan Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin, dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4590].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.