Sesiapa yang memiliki bekalan dan kenderaan untuk melakukan haji di baitullah tetapi tidak berhaji

TEKS BAHASA ARAB

من ملك زادا وراحلة تبلغه إلى بيت الله ولم يحج فلا عليه أن يموت يهوديا أو نصرانيا


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sesiapa yang memiliki bekalan dan kenderaan untuk melakukan haji di baitullah tetapi tidak berhaji, maka tiada halangan untuk dia mati dalam keaadan Yahudi dan Nasrani”.


STATUS

Sangat lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 103, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar pentahqiq kitab ini iaitu, ‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Mu‘allimi al-Yamānī (m.1386) رحمه الله, terhadap hadis ini:


رواه الترمذي: عن علي رضي الله عنه مرفوعا وابن عدي: من حديث أبي هريرة وأبو يعلى: من حديث أبي أمامة وفي إسناد الترمذي: هلال بن [عبد الله مولى ] ربيعة بن عمرو والحارث الأعور.
قال الترمذي: الأول: مجهول والثاني: كذاب وفي إسناده ابن عدي: عبد الرحمن القطامي وأبو المهزم وهما متروكان وفي إسناده أبي يعلى: عمار بن مطر والمغيرة بن عبد الرحمن متروكان أيضا.
وقد حكم ابن الجوزي على هذا المتن بالوضع ودفعه ابن حجر في التلخيص بما هو معروف

Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ali RA secara marfu’ (disandar kepada Nabi), Ibn Adi meriwayatkan daripada hadith Abu Hurairah, Abu Ya’la meriwayatkan hadith daripada Abu Umamah. Pada sanad Imam al-Tirmizi terdapat perawi bernama Hilal bin Abdillah Maula Rabiah bin Amr dan al-Harith al-A’war.
Al-Tirmizi berkata: perawi pertama tidak dikenali manakala yang kedua pendusta. Pada sanad Ibn Adi terdapat perawi bernama Abdul Rahman al-Qutami dan Abu al-Muhazzim yang kedua perawi ini matruk (terlalu dhaif). Pada sanad Abu Ya’la pula terdapat perawi bernama Ammar bin Matar dan al-Mughirah bin Abdil Rahman juga merupakan perawi yang matruk (terlalu lemah).
Ibn Jauzi menghukum matan hadith ini sebagai palsu, manakala al-Hafiz Ibn Hajar menolaknya di dalam kitab al-Talkhis seperti diketahui.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs