Sesiapa yang memberi makan orang yang lapar dan menutup aib orang

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أشبع جوعة وستر عورة ضمنت له الجنة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memberi makan orang yang lapar dan menutup aib orang, dijamin baginya syurga.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 82, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar pentahqiq kitab ini iaitu, ‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Mu‘allimi al-Yamānī (m.1386) رحمه الله, terhadap hadis ini:


هو في الفصل الذي نقله السيوطي في الذيل ص 203 بقوله (فصل: قال الإمام الحافظ تقي الدين ابن تيمية: من الأحاديث الموضوعة…..) .

Ia terdapat dalam fasal yang dinukilkan oleh al-Suyuti dalam Kitab al-Zayl, halaman ke-203 dengan katanya: (Fasal: Kata al-Imam al-Hafiz Taqiy al-Din Ibn Taimiyyah: Dari hadith-hadith palsu …).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs