Sesiapa yang melihat ke arah saudaranya dengan pandangan kasih sayang

TEKS BAHASA ARAB

من نظر إلى أخيه نظر مودة ليس في قلبه عليه إحنة؛ لم ينصرف حتى يغفر به ما تقدم من ذنبه، وما من مسلم يصافح أخاه ليس في قلب أحد منهما على أخيه إحنة؛ لم تفترق أيديهما حتى يغفر الله لهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melihat ke arah saudaranya dengan pandangan kasih sayang, yang tidak ada dalam jantung hatinya kepadanya perasaan benci, dia tidak akan berpisah sehinggalah diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu. Dan tidak ada seorang muslim yang berjabat tangan dengan saudaranya, tidak ada dalam hati kedua-duanya itu kepada saudaranya perasaan benci, tidaklah terpisah tangan kedua mereka sehinggalah Allah SWT mengampunkan kedua-duanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 38, hadis nombor 145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من نظر إلى أخيه نظر مودة ليس في قلبه عليه إحنة؛ لم ينصرف حتى يغفر به ما تقدم من ذنبه، وما من مسلم يصافح أخاه ليس في قلب أحد منهما على أخيه إحنة؛ لم تفترق أيديهما حتى يغفر الله لهما)).
[ عد، طس، هب، ((الضعيفة)) (2278)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melihat ke arah saudaranya dengan pandangan kasih sayang, yang tidak ada dalam jantung hatinya kepadanya perasaan benci, dia tidak akan berpisah sehinggalah diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu. Dan tidak ada seorang muslim yang berjabat tangan dengan saudaranya, tidak ada dalam hati kedua-duanya itu kepada saudaranya perasaan benci, tidaklah terpisah tangan kedua mereka sehinggalah Allah SWT mengampunkan kedua-duanya.
[Riwayat Ibn ‘Adī, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2278]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs