Sesiapa yang mati dalam perjalanan ke Mekah

TEKS BAHASA ARAB

من مات في طريق مكة لم يعرضه الله يوم القيامة ولم يحاسبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mati dalam perjalanan ke Mekah, Allah tidak akan membentangkan amalan-amalannya pada hari Kiamat dan Allah juga tidak akan menghisabnya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 242, hadis nombor 186. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه العقيلي (ق 173 / 2) وابن عدي (5 / 1992) أبو نعيم في الحلية (8 / 215 – 216) والخطيب في التاريخ (2 /170 و5 / 369) من طريق عائذ بن نسير عن عطاء بن أبي رباح عن عائشة مرفوعا به.
قلت: وهذا سند ضعيف. وعائذ بن نسير ضعيف كثير الوهم. وقد اختلف عليه في إسناده. فأخرجه العقيلي من طريق مندل بن علي عنه عن محمد البصري عن عطاء مرسلا ثم قال: هذا أولى.
أما معناه فباطل، كما يعرف بأقل تدبر. وقد تكلم على هذا الحديث الشيخ العلامة ذهبي العصر المعلمي اليماني رحمه الله تعالى في تعليقه على الفوائد المجموعة (110 – 111) للشوكاني. فانظره لزاما.

Batil. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili (hlm. 173/2), Ibn ‘Adi (5/1992), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (8/215-216) dan al-Khatib dalam al-Tarikh (2/170, 5/369) melalui sanad ‘A’iz bin Nusair daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah daripada ‘Aishah secara marfu’ hadith tersebut. Saya berkata: Sanad ini adalah dha’if. ‘A’iz bin Nusair seorang yang dha’if dan banyak kekeliruan. Telah berlaku perbezaan riwayat ke atas beliau dalam sanadnya.
Manakala al-‘Uqaili telah meriwayatkan hadith tersebut melalui sanad Mandal bin ‘Ali daripada ‘A’iz daripada Muhammad al-Basri daripada ‘Ata’ secara mursal. Kemudian beliau (al-a’Uqaili) berkata: "Ini lebih utama". Manakala, maksudnya pula adalah batil (karut) sebagaimana dapat diketahui dengan sedikit pemerhatian. Hadith ini telah pun diperbahaskan oleh al-Syeikh al-‘Allamah al-Zahabi zaman ini al-Mu’allimi al-Yamani r.h dalam komentar beliau kepada al-Fawaid al-Majmu’ah (110-111) oleh al-Syawkani.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs