TEKS BAHASA ARAB
من أراد ان يقوى على الصيام فليتسحر، وليقل ويشم طيبا ولا يفطر على ماء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang ingin bertenaga ketika berpuasa, hendaklah dia bersahur serta tidur siang (qailulah), dan menghidu bau-bauan yang harum dan tidak berbuka puasa dengan air.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1161, hadis nombor 5868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أراد ان يقوى على الصيام فليتسحر وليقل ويشم طيبا ولا يفطر على ماء. [عد، هب، الضعيفة (6207)]
(Munkar) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ingin bertenaga ketika berpuasa, hendaklah dia bersahur serta tidur siang (qailulah), dan menghidu bau-bauan yang harum dan tidak berbuka puasa dengan air. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa dan al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.6207]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.