TEKS BAHASA ARAB
من زنى خرج منه الإيمان، ومن شرب الخمر غير مكره ولا مضطر، خرج منه الإيمان، ومن انتهب نهبة يستشرفها الناس، خرج منه الإيمان، فإن تاب، تاب الله عليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berzina akan keluarlah iman darinya. Sesiapa yang meminum arak tanpa ada paksaan dan ada darurat, keluarlah iman darinya. Sesiapa yang merompak barang rampasan yang dilihat oleh manusia, maka keluarlah iman darinya. Jika dia bertaubat, Allah menerima taubatnya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 828, hadis nombor 4253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الصحابة-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من زنى خرج منه الإيمان، ومن شرب الخمر غير مكره ولا مضطر؛ خرج منه الإيمان، ومن انتهب نهبة يستشرفها الناس؛ خرج منه الإيمان، فإن تاب؛ تاب الله عليه)).
[طب، ((الضعيفة)) (6873)]
(Munkar) Daripada seorang sahabat berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berzina akan keluarlah iman darinya. Sesiapa yang meminum arak tanpa ada paksaan dan ada darurat, keluarlah iman darinya. Sesiapa yang merompak barang rampasan yang dilihat oleh manusia, maka keluarlah iman darinya. Jika dia bertaubat, Allah menerima taubatnya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6873]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.