Sesiapa yang berpuasa pada pagi hari Jumaat, menziarahi orang sakit

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أصبح يوم الجمعة صائما، وعاد مريضا، وأطعم مسكينا ، وشيع جنازة، لم يتبعه ذنب أربعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Sesiapa yang berpuasa pada pagi hari Jumaat, menziarahi orang sakit, memberi makan kepada orang miskin, mengiringi jenazah, tidak akan berdosa selama 40 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 437, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهو موضوع، كما قال ابن الجوزي. وروى من وجه آخر.

Ia palsu, seperti mana yang disebutkan oleh Ibn al-Jauzi. Ia juga diriwayatkan dari jalur yang lain.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs