Sesiapa yang berkahwin sebelum melakukan haji

TEKS BAHASA ARAB

من تزوج قبل أن يحج فقد بدأ بالمعصية


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sesiapa yang berkahwin sebelum melakukan haji maka dia telah memulakan dengan maksiat”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 103, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: أحمد بن جمهور القرقساني ومحمد بن أيوب والأول يروي: الموضوعات والثاني: متهم بالكذب

Ibn Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu'(disandar kepada nabi) dan pada sanadnya terdapat perawi bernama Ahmad bin Jumhur al-Qarqasani dan Muhammad bin Ayyub. Perawi pertama meriwayatkan hadith-hadith palsu manakala perawi kedua dituduh berdusta.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs