TEKS BAHASA ARAB
حديث: من أفطر يوما من رمضان فليهد بدنة فإن لم يجد فليطعم ثلاثين صاعا من تمر المساكين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang berbuka puasa sehari dalam bulan Ramadhan, hendaklah dia menyembelih seekor unta. Jika tiada, maka hendaklah dia memberi makan 30 gantang tamar kepada orang miskin.
STATUS
Sanadnya Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 94, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الدارقطني عن جابر مرفوعا وفي إسناده: مقاتل بن سليمان كذاب والحارث بن عبيدة الكلاعي ضعيف.
Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi). Pada sanadnya terdapat Muqatil bin Sulaiman yang merupakan seorang pendusta, dan al-Harith bin Ubaidah al-Kalami yang merupakan perawi lemah.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.