Seorang tuan membina rumah, menyediakan hidangan dan menghantar penjemput

TEKS BAHASA ARAB

سيد بنى دارا واتخذ مأدبة وبعث داعيا فالسيد الجبار والمأدبة القرآن والدار الجنة والداعي أنا فأنا اسمي في القرآن محمد وفي الإنجيل أحمد وفي التوراة أحيد وإنما سميت أحيد لأني أحيد عن أمتي نار جهنم وأحبوا العرب بكل قلوبكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang tuan membina rumah, menyediakan hidangan, menghantar penjemput. Tuan ialah Allah Yang Maha Perkasa. Hidangan ialah al-Quran. Rumah ialah syurga. Dan penjemput ialah saya. Nama saya dalam al-Quran ialah Muhammad, dalam Injil ialah Ahmad, dalam Taurat pula ialah Ahyad. Saya digelar Ahyad kerana saya memelihara umat saya daripada neraka jahanam. Cintailah Arab dengan sepenuh hati kalian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1045, hadis nombor 5338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: سيد بنى دارا واتخذ مأدبة وبعث داعيا فالسيد الجبار والمأدبة القرآن والدار الجنة والداعي أنا، فأنا اسمي في القرآن محمد وفي الإنجيل أحمد وفي التوراة أحيد وإنما سميت أحيد لأني أحيد عن أمتي نار جهنم وأحبوا العرب بكل قلوبكم. [عد، الضعيفة (1865)].

[Palsu] Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW: Seorang Tuan membina rumah, menyediakan hidangan, menghantar penjemput. Tuan ialah Allah. Hidangan ialah al-Quran. Rumah ialah syurga. Dan penjemput ialah saya. Nama saya dalam al-Quran ialah Muhammad, dalam Injil ialah Ahmad, dalam Taurat pula ialah Ahyad. Saya digelar Ahyad kerana saya memelihara umat saya daripada neraka jahanam. Cintailah Arab dengan sepenuh hati kalian. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1865]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs