Seorang faqih lebih berat bagi syaitan berbanding seribu ahli ibadah

TEKS BAHASA ARAB

فقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang faqih lebih berat bagi syaitan berbanding seribu ahli ibadah

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 6, hadis nombor 108. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه الترمذي (2681) وابن ماجة (222) والبخاري في التاريخ الكبير (2/ 1/ 308) وابن حبان في المجروحين (1/296) وابن عبد البر في الجامع (1/26) والخطيب في الفقيه والمتفقه (1/24) وفي التلخيص (2/643) والآجري في أخلاق العلماء (ص – 13) وابن عدي في الكامل (3/1004) وابن الجوزي في العلل (1/134) من طريق الوليد بن مسلم، ثنا روح بن جناح عن مجاهد عن ابن عباس مرفوعا به. قال الترمذي: هذا حديث غريب.وقال ابن الجوزي: هذا حديث لا يصح عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم والمتهم برفعه روح بن جناح. وهذا الحديث من كلام ابن عباس إنما رفعه روح بن جناح، قصدا أو غلطا . أ. ه وفي التهذيب (3/292 -293) : قال الساجي: هو حديث منكر.
قلت: وروح بن جناح ضعيف، اتهمه ابن حبان وأبو سعيد النقاش. وله طريق آخر عن ابن عباس موقوفا عليه. أخرجه أبو الشيخ في الطبقات (1/459) وعنه أبو نعيم في أخبار أصبهان (1/322) من طريق الزحاف بن أبي الزحاف الأصبهاني قال: ثنا ابن جريح عن عطاء، عن ابن عباس قال: عالم أشد على إبليس من ألف عابد.
قلت: وهذا سند ضعيف.أما الزحاف، فلا أعرف عن حاله شيئاً. ثم ابن جريج مدلس وقد عنعنه. ولا ينفعه ما رواه أبو بكر بن أبي خيثمة في تاريخه. قال: حدثنا إبراهيم بن عرعرة، عن يحيى بن سعيد، عن ابن جريج قال: إذا قلت: قال عطاء فأنا سمعته منه، وإن لم أقل سمعت.
قلت: وخلف بن يحيى كذبه أبو حاتم، وكذا شيخه: وهو إبراهيم بن محمد بن أبي يحيى شيخ الشافعي كذبه ابن معين وغيره وتركه أحمد والنسائي وجماعة والسند الساقط. وبالجملة فالحديث باطل. والله أعلم.

Batil. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (2681), Ibn Majah (222), al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (2/1/308), Ibn Hibban dalam al-Majruhin (1/296), Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Jami’ (1/26) al-Khatib dalam al-Faqih Wa al-Mutafaqqih (1/24), juga dalam al-Talkhis (2/543), al-Ajuri dalam Akhlaq al-‘Ulama’ (hlmn 13), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (3/1004), Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal (1/134) melalui sanad al-Walid bin Muslim, katanya Rawh ibn Janah daripada Mujahid daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’ hadith tersebut.
Al-Tirmizi berkata: "Ini hadith gharib". Ibn al-Jawzi berkata: "Ini hadith yang tidak sahih daripada Rasulullah SAW, Perawi yang dituduh meriwayatkan hadith tersebut secara marfu’ adalah Rawh bin Janah. Hadith ini adalah daripada kata-kata Ibn ‘Abbas. Rawh telah meriwayatkannya secara marfu’, samada dengan sengaja atau tersalah". Dalam al-Tahzib (3/292-293) pula: "al-Saji berkata: ‘Ini adalah hadith yang munkar’".
Saya berkata: Rawh bin Janah seorang yang dha’if, Ibn Hibban dan Abu Sa’id al-Naqqash telah mendakwa beliau melakukan pendustaan. Hadith tersebut ada satu lagi sanad lain daripada Ibn ‘Abbas secara mawquf kepada beliau. Ianya telah dikeluarkan oleh Abu al-Syeikh dalam al-Tabaqat (1/459), juga oleh Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan (1/322) melalui Abu al-Syeikh, daripada sanad al-Zihaf bin Abi al-Zihaf al-Asbahani, katanya Ibn Juraij telah menceritakan kepada kami daripada ‘Ata’ daripada Ibn ‘Abbas, katanya: "Seorang yang alim lebih berat bagi Iblis berbanding seribu ahli ibadah".
Saya berkata: Ini adalah sanad yang dha’if. Berkenaan al-Zihaf, saya tidak mengetahui apa-apa tentang status beliau. Seterusnya, Ibn Juraij seorang Mudallis dan beliau telah meriwayatkannya secara ‘an’anah. Tidaklah memberikan apa=apa manfaat apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Khaithamah, katanya: Ibrahim bin ‘Ar’arah telah menceritakan kepada kami daripada Yahya bin Sa’id daripada Ibn Juraij, katanya: "Apabila aku berkata: ”Ata’ berkata’, maka aku telah mendengar hadith daripada beliau sekalipun aku tidak mengatakan bahawa aku mendengarnya".
Saya berkata: Khalaf bin Yahya telah dinilai sebagai pendusta oleh Abu Hatim, begitu juga guru kepada Khalaf, iaitu Ibrahim bin Muhammad bin Abi Yahya, guru kepada al-Shafi’ei, telah dinilai sebagai pendusta oleh Ibn Ma’in dan lain-lain. Manakala, Ahmad, al-Nasa’ei dan sekumpulan ulama lain pula meninggalkan riwayat beliau. Sanad tersebut Saqit (gugur kelayakan berhujjah). Kesimpulannya, hadith tersebut adalah batil. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs