Seorang budak lelaki telah gugur syahid dalam peperangan Uhud

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

استشهد غلام من يوم أحد فوجد على بطنه صخرة مربوطة من الجوع. فمسحت أمه التراب عن وجهه وقالت: هنيئا لك يا بني الجنة! فقال النبي ﷺ: وما يدريك؟ لعله كان يتكلم فيما لا يعنيه ويمنع ما لا يضره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang budak lelaki telah gugur syahid dalam peperangan Uhud. Lalu didapati ada batu yang terikat di perutnya kerana kelaparan. Maka ibunya menyapu debu tanah di mukanya sambil berkata: Tahniah anakku kerana mendapat syurga. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Adakah kamu mengetahui? Takut-takut dia telah bercakap sesuatu yang tidak bermanfaat baginya dan melarang perkara yang tidak memberi mudarat kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1024, hadis nombor 5261. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: استشهد غلام من يوم أحد فوجد على بطنه صخرة مربوطة من الجوع. فمسحت أمه التراب عن وجهه وقالت: هنيئا لك يا بني الجنة! فقال النبي ﷺ: وما يدريك؟ لعله كان يتكلم فيما لا يعنيه ويمنع ما لا يضره. [ع, ابن أبي الدنيا في الصمت, الضعيفة (6107)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Seorang budak lelaki telah gugur syahid dalam peperangan Uhud. Lalu didapati ada batu yang terikat di perutnya kerana kelaparan. Maka ibunya menyapu debu tanah di mukanya seraya berkata: Tahniah anakku kerana mendapat syurga”. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Adakah kamu mengetahui? Takut-takut dia telah bercakap sesuatu yang tidak bermanfaat baginya dan melarang perkara yang tidak memberi mudarat kepadanya. [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad beliau, Ibn Abi Dunya dalam al-Samt. ;Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 6107]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.