TEKS BAHASA ARAB
حديث: طاب حمامكما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Semoga berbau harum bilik mandi wap kamu berdua.
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 114, hadis nombor 315. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قاله عليه السلام لأبي بكر وعمر، لا أصل له، والحمام لا تعرفه العرب إلا بعد موته صلى الله عليه وسلم.
Sabda Nabi SAW kepada Abu Bakar dan Umar. Tiada asalnya.
Bilik mandi wap tidak diketahui oleh bangsa Arab melainkan selepas kewafatan Baginda SAW.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.