TEKS BAHASA ARAB
رحم الله عبد الله بن رواحة. كان ينزل في السفر عند كل وقت صلاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Semoga Allah merahmati ‘Abdullah bin Rawahah; Beliau berhenti seketika (di suatu tempat) semasa bermusafir pada setiap kali masuknya waktu solat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 281, hadis nombor 1459. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سالم بن عبدالله، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((رحم الله عبد الله بن رواحة. كان ينزل في السفر عند كل وقت صلاة)).
[عبدارزاق في ((الأمالي))، ابن أبي الدنيا في ((التهجد))، طب، ((الضعيفة)) (3635)]
(Lemah) Daripada Salim bin ‘Abdillah beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Semoga Allah merahmati ‘Abdullah bin Rawahah; Beliau berhenti seketika (di suatu tempat) semasa bermusafir pada setiap kali masuknya waktu solat.
[Riwayat ‘Abd al-Razzaq dalam al-Amali, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Tahajjud dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3635]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.