Semalam aku telah bermimpi

TEKS BAHASA ARAB

إني رأيت البارحة عجبا:‌1 – رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءه وضوءه فاستنقذه من ذلك. 2 – ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر فجاءته صلاته فاستنقذته من ذلك. 3 – ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين فجاءه ذكر الله فخلصه منهم. 4 – ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا فجاءه صيام رمضان فسقاه. 5 – ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن شماله ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة فجاءته حجته وعمرته فاستخرجاه من الظلمة. 6 – ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بره لوالديه فرده عنه. 7 – ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلة الرحم فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8 – ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين وهم حلق حلق كلما مر على حلقة طرد فجاءه اغتساله من الجنابة فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي – ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه فجاءته صدقته فصارت ظلا على رأسه وسترا عن وجهه. 10 – ورأيت رجلا من أمتي جاءته زبانية العذاب فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من ذلك. 11 – ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله فأخرجته من النار. 12 – ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله فجاءه خوفه من الله تعالى فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13 – ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه. 14 – ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم فجاءه وجله من الله تعالى فاستنقذه من ذلك. 15 – ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة فجاءه حسن ظنه بالله تعالى فسكن رعدته. 16 – ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة ويحبو مرة فجاءته صلاته علي فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17 – ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله فأخذت بيده فأدخلته الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semalam aku telah bermimpi : 1- Aku melihat sesuatu yang ajaib, aku melihat salah seorang daripada umatku didatangi oleh malaikat maut yang akan mencabut nyawanya kemudian datanglah amalan wuduknya untuk membantunya. 2- Aku melihat salah seorang daripada umatku dan telah terbentang untuknya seksa kubur. Kemudian datanglah amalan solatnya, maka selamatlah ia. 3- Aku telah melihat salah seorang daripada umatku telah didatangi syaitan lalu datanglah zikirnya yang dapat membantunya. 4- Aku telah melihat salah seorang daripada umatku telah terjelir-jelir lidahnya dalam kehausan lalu datanglah amalan puasa Ramadannya, lalu memberikannya minum. 5- Aku telah melihat salah seorang daripada umatku yang berada antara tangannya itu kegelapan, didepannya kegelapan, belakangnya kegelapan, di kanannya kegelapan, di kirinya juga kegelapan, di atasnya kegelapan dan di bawahnya juga kegelapan. Dia sedang meraba-raba dalam kegelapan, kemudian datanglah amalan haji dan umrahnya, maka kedua amalan tersebut mengeluarkannya daripada kegelapan dan memasukkannya ke dalam cahaya. 6- Aku telah melihat salah seorang daripada umatku telah didatangi malaikat maut untuk merentap nyawanya (mencabut rohnya), lalu datanglah amalannya berbuat baik kepada ibu bapa yang dapat membantunya. 7- Aku melihat salah seorang daripada umatku dia berbicara dengan orang-orang mukmin, tetapi mereka (orang-orang mukmin itu) tidak berbicara dengannya. Kemudian, datang kepadanya amalan silaturahim, lalu berkata: Sesungguhnya, cara yang kamu buat ini adalah penyambung silaturrahim dengannya. Berbicaralah dengan mereka, dan mereka akan berbicara denganmu, dan jadilah kamu termasuk dalam kalangan mereka.
8- Aku telah melihat salah seorang daripada umatku datang berjumpa para Nabi sedang mereka berada dalam satu-satu lingkungan bulatan. Setiap kali dia melalui satu lingkungan bulatan, dia dihalau ataupun diusir. Kemudian, dia didatanginya dengan air mandian daripada mandi junub, lalu, dia ambil air itu tangannya, dan aku pun menyuruh dia duduk di sebelahku. 9- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku menjaga wajahnya dengan tangan daripada bahang api neraka yang menyala-nyala dan percikannya menyambar-nyambar, kemudian datanglah amalan sedekahnya maka amalan sedekah tersebut menjadi naungan di atas kepalanya dan juga menjadi penutup bagi wajahnya. 10- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang telah dikepung oleh malaikat Zabaniyah daripada pelbagai arah, kemudian datanglah amalan amar makruf nahi mungkarnya maka amalan tersebut menyelamatkan dia dari malaikat Zabaniyah dan memasukkannya ke syurga bersama malaikat rahmah. 11- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang telah turun ke dalam neraka, kemudian datanglah air matanya yang dia menangis kerana takutkan Allah maka airmata tersebut telah menyelamatkannya daripada neraka. 12- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang mana buku catatan amalannya diberikan dari arah kirinya, kemudian datanglah amalan khauf (takut) kepada Allah Azzawajalla maka diambil buku catatan amalan tersebut dan dijadikannya ke arah kanannya. 13- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang telah ringan timbangan amalannya maka telah datang amal kebajikannya yang dapat memberatkan timbangannya semula. 14- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku berada di pinggir neraka jahanam kemudian datanglah amalan raja’ (harapan) kepada Allah Azzawajalla maka selamatlah dia dari pinggir neraka jahannam tersebut. 15- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku dia berasa gemuruh ataupun gementar sebagaimana bergetarnya ataupun bergoyangnya pohon kurma yang terkena tipuan angin taufan, kemudian datanglah amalan husnu zhonnya (berbaik sangkanya) kepada Allah maka menjadi tenanglah ia dan dia mampu berdiri tetap dan tidak berasa gementar. 16- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang berada di atas jambatan terkadang mengesot, terkadang merangkak kemudian datanglah amalan solatnya kepaaku maka aku mendirikannya diatas kedua telapak kakinya kemudian dia mampu berjalan di atas jambatan tersebut. 17- Aku melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang telah sampai ke pintu syurga tetapi ketika sampai, pintunya (syurga) terkunci, kemudian datanglah dua kalimah syahadahnya (la ilaha illah Allah) yang penuh keikhlasan dari hati maka terbukalah pintu syurga tersebut dan masuklah dia kedalam syurga.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1162, hadis nombor 5879. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(منكر جدا) عن عبد الرحمن بن سمرة – رضي الله عنه-، قال: قال – صلى الله عليه وسلم-: إني رأيت البارحة عجباً: 1 – رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءه وضوءه فاستنقذه من ذلك. 2 – ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر فجاءته صلاته فاستنقذته من ذلك. 3 – ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين فجاءه ذكر الله فخلصه منهم. 4 – ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا فجاءه صيام رمضان فسقاه. 5 – ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن شماله ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة فجاءته حجته وعمرته فاستخرجاه من الظلمة. 6 – ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بره لوالديه فرده عنه. 7 – ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلة الرحم فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8 – ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين وهم حلق حلق كلما مر على حلقة طرد فجاءه اغتساله من الجنابة فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي – ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه فجاءته صدقته فصارت ظلا على رأسه وسترا عن وجهه. 10 – ورأيت رجلا من أمتي جاءته زبانية العذاب فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من ذلك. 11 – ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله فأخرجته من النار. 12 – ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله فجاءه خوفه من الله تعالى فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13 – ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه. 14 – ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم فجاءه وجله من الله تعالى فاستنقذه من ذلك. 15 – ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة فجاءه حسن ظنه بالله تعالى فسكن رعدته. 16 – ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة ويحبو مرة فجاءته صلاته علي فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17 – ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله فأخذت بيده فأدخلته الجنة. [الطبراني في الأحاديث الطوال، الضعيفة (7129)]

(Sangat Munkar) Daripada Abdul Rahman bin Samrah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Semalam aku telah bermimpi : 1- Aku melihat sesuatu yang ajaib, aku melihat salah seorang daripada umatku didatangi oleh malaikat maut yang akan mencabut nyawanya kemudian datanglah amalan wuduknya untuk membantunya. 2- Aku melihat salah seorang daripada umatku dan telah terbentang untuknya seksa kubur. Kemudian datanglah amalan solatnya, maka selamatlah ia. 3- Aku telah melihat salah seorang daripada umatku telah didatangi syaitan lalu datanglah zikirnya yang dapat membantunya. 4- Aku telah melihat salah seorang daripada umatku telah terjelir-jelir lidahnya dalam kehausan lalu datanglah amalan puasa Ramadannya, lalu memberikannya minum. 5- Aku telah melihat salah seorang daripada umatku yang berada antara tangannya itu kegelapan, didepannya kegelapan, belakangnya kegelapan, di kanannya kegelapan, di kirinya juga kegelapan, di atasnya kegelapan dan di bawahnya juga kegelapan. Dia sedang meraba-raba dalam kegelapan, kemudian datanglah amalan haji dan umrahnya, maka kedua amalan tersebut mengeluarkannya daripada kegelapan dan memasukkannya ke dalam cahaya. 6- Aku telah melihat salah seorang daripada umatku telah didatangi malaikat maut untuk merentap nyawanya (mencabut rohnya), lalu datanglah amalannya berbuat baik kepada ibu bapa yang dapat membantunya. 7- Aku melihat salah seorang daripada umatku dia berbicara dengan orang-orang mukmin, tetapi mereka (orang-orang mukmin itu) tidak berbicara dengannya. Kemudian, datang kepadanya amalan silaturahim, lalu berkata: Sesungguhnya, cara yang kamu buat ini adalah penyambung silaturrahim dengannya. Berbicaralah dengan mereka, dan mereka akan berbicara denganmu, dan jadilah kamu termasuk dalam kalangan mereka.
8- Aku telah melihat salah seorang daripada umatku datang berjumpa para Nabi sedang mereka berada dalam satu-satu lingkungan bulatan. Setiap kali dia melalui satu lingkungan bulatan, dia dihalau ataupun diusir. Kemudian, dia didatanginya dengan air mandian daripada mandi junub, lalu, dia ambil air itu tangannya, dan aku pun menyuruh dia duduk di sebelahku. 9- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku menjaga wajahnya dengan tangan daripada bahang api neraka yang menyala-nyala dan percikannya menyambar-nyambar, kemudian datanglah amalan sedekahnya maka amalan sedekah tersebut menjadi naungan di atas kepalanya dan juga menjadi penutup bagi wajahnya. 10- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang telah dikepung oleh malaikat Zabaniyah daripada pelbagai arah, kemudian datanglah amalan amar makruf nahi mungkarnya maka amalan tersebut menyelamatkan dia dari malaikat Zabaniyah dan memasukkannya ke syurga bersama malaikat rahmah. 11- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang telah turun ke dalam neraka, kemudian datanglah air matanya yang dia menangis kerana takutkan Allah maka airmata tersebut telah menyelamatkannya daripada neraka. 12- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang mana buku catatan amalannya diberikan dari arah kirinya, kemudian datanglah amalan khauf (takut) kepada Allah Azzawajalla maka diambil buku catatan amalan tersebut dan dijadikannya ke arah kanannya. 13- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang telah ringan timbangan amalannya maka telah datang amal kebajikannya yang dapat memberatkan timbangannya semula. 14- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku berada di pinggir neraka jahanam kemudian datanglah amalan raja’ (harapan) kepada Allah Azzawajalla maka selamatlah dia dari pinggir neraka jahannam tersebut. 15- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku dia berasa gemuruh ataupun gementar sebagaimana bergetarnya ataupun bergoyangnya pohon kurma yang terkena tipuan angin taufan, kemudian datanglah amalan husnu zhonnya (berbaik sangkanya) kepada Allah maka menjadi tenanglah ia dan dia mampu berdiri tetap dan tidak berasa gementar. 16- Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang berada di atas jambatan terkadang mengesot, terkadang merangkak kemudian datanglah amalan solatnya kepaaku maka aku mendirikannya diatas kedua telapak kakinya kemudian dia mampu berjalan di atas jambatan tersebut. 17- Aku melihat salah seorang daripada kalangan umatku yang telah sampai ke pintu syurga tetapi ketika sampai, pintunya (syurga) terkunci, kemudian datanglah dua kalimah syahadahnya (la ilaha illah Allah) yang penuh keikhlasan dari hati maka terbukalah pintu syurga tersebut dan masuklah dia kedalam syurga. [Riwayat al-Tabarani dalam Hadis-Hadis al-Tiwal. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 7129]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.