Sekiranya seseorang hamba itu datang pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

لو أن عبدا جاء يوم القيامة قد أدى إلى الله – عز وجل – جميع ما افترض عليه، إلا أنه محب للدنيا؛ إلا أمر الله له مناديا ينادي به على رؤوس أهل الجمع: ألا إن هذا فلان ابن فلان قد أحب ما أبغض الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seseorang hamba itu datang pada hari kiamat dalam keadaan dia telah menunaikan kepada Allah, semua perkara yang telah difardukan kepadanya, melainkan jika dia adalah orang yang mencintai dunia. Allah akan memerintahkan seorang penyeru menyeru untuknya di hadapan semua makhluk: Ingatlah sesungguhnya fulan bin fulan ini telah mencintai perkara yang paling Allah benci.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 525, hadis nombor 2783. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن المنكدر، قال: قال رسول الله : «لو أن عبدا جاء يوم القيامة قد أدى إلى الله – عز وجل – جميع ما افترض عليه، إلا أنه محب للدنيا؛ إلا أمر الله له مناديا ينادي به على رؤوس أهل الجمع: ألا إن هذا فلان بن فلان قد أحب ما أبغض الله».
[حل، الضعيفة، (5651)].

(Batil) Daripada Ibn al-Munkadir, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya seseorang hamba itu datang pada hari kiamat dalam keadaan dia telah menunaikan kepada Allah, semua perkara yang telah difardukan kepadanya, melainkan jika dia adalah orang yang mencintai dunia. Allah akan memerintahkan seorang penyeru menyeru untuknya di hadapan semua makhluk: Ingatlah sesungguhnya fulan bin fulan ini telah mencintai perkara yang paling Allah benci.
[Riwayat oleh Abu Nu'aim dalam kitab al-Hilyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5651]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs