Sekiranya seorang wanita itu mengetahui hak seorang suami, nescaya dia tidak akan duduk selama mana suaminya menikmati makan tengah hari dan makan malamnya sehinggalah suaminya selesai

TEKS BAHASA ARAB

لو تعلم المرأة حق الزوج؛ ما قعدت ما حضر غداؤه وعشاؤه حتى يفرغ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seorang wanita itu mengetahui hak seorang suami, nescaya dia tidak akan duduk selama mana suaminya menikmati makan tengah hari dan makan malamnya sehinggalah suaminya selesai.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis nombor 1202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «لو تعلم المرأة حق الزوج؛ ما قعدت ما حضر غداؤه وعشاؤه حتى يفرغ». [البزار، «الضعيفة» (5726)].

(Lemah) Daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sekiranya seorang wanita itu mengetahui hak seorang suami, nescaya dia tidak akan duduk selama mana suaminya menikmati makan tengah hari dan makan malamnya sehinggalah suaminya selesai". [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5726].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs