Sekiranya Allah murka

TEKS BAHASA ARAB

 إِذَا غَضَبَ اللهُ تَعَالَى أَنْزَلَ الْوَحْيَ بِالْفَارِسِيَّةِ وَإِذَا رَضِيَ أَنْزَلَهُ بِالْعَرَبِيَّةِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya Allah murka maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi dan jika Dia redha, maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Arab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 6 Hadis Itu Nyata Batilnya
Antaranya hadis tersebut nyata kebatilannya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia mustahil daripada kata-kata Rasulullah SAW…

Contoh berikutnya adalah hadis:
إِذَا غَضَبَ اللهُ تَعَالَى أَنْزَلَ الْوَحْيَ بِالْفَارِسِيَّةِ وَإِذَا رَضِيَ أَنْزَلَهُ بِالْعَرَبِيَّةِ
“Sekiranya Allah murka maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi dan jika Dia redha, maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Arab.”
——————————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
"Direkodkan oleh Ibnu Adi dalam al-Kamil (5/1670) dan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (1/157), beliau berkata: Palsu dan padanya ada juga hadis, “Sekiranya Allah murka, maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Arab dan jika Dia redha, maka Dia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi."

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon