TEKS BAHASA ARAB
لأن أطعم أخا في الله مسلما لقمة أحب إلي من أن أتصدق بدرهم، ولأن أعطي أخا في الله مسلما درهما أحب إلي من أن أتصدق بعشرة، ولأن أعطيه عشرة أحب إلي من أن أعتق رقبة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya aku memberi makan kepada seorang muslim kerana Allah dengan satu suapan, itu lebih aku sukai berbanding aku bersedekah dengan satu dirham. Dan sekiranya aku memberi satu dirham kepada seorang muslim kerana Allah adalah lebih aku sukai berbanding aku bersedekah dengan sepuluh dirham. Dan sekiranya aku memberikan kepadanya sepuluh dirham itu lebih aku sukai berbanding aku membebaskan seorang hamba.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 16, hadis nombor 20. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بديل مرسلا: ((لأن أطعم أخا في الله مسلما لقمة أحب إلي من أن أتصدق بدرهم، ولأن أعطي أخا في الله مسلما درهما أحب إلي من أن أتصدق بعشرة، ولأن أعطيه عشرة أحب إلي من أن أعتق رقبة)).
[أبو القاسم الحلبي السراج في ((حديث ابن السقاء))، ابن وهب، ((الضعيفة)) (308)]
(Lemah) Daripada Budail secara mursal (disandarkan terus kepada Nabi SAW tanpa perantaraan Sahabat RA): Sekiranya aku memberi makan kepada seorang muslim kerana Allah dengan satu suapan, itu lebih aku sukai berbanding aku bersedekah dengan satu dirham. Dan sekiranya aku memberi satu dirham kepada seorang muslim kerana Allah adalah lebih aku sukai berbanding aku bersedekah dengan sepuluh dirham. Dan sekiranya aku memberikan kepadanya sepuluh dirham itu lebih aku sukai berbanding aku membebaskan seorang hamba.
[Riwayat Abu al-Qasim al-Halabi al-Sarraj dalam Hadis Ibn al-Saqa’, Ibn Wahb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.308]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.