Sekiranya aku mampu, aku akan menyembunyikan auratku daripada pakaianku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لو استطعت؛ لأخفيت عورتي من شعاري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya aku mampu, aku akan menyembunyikan auratku daripada pakaianku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 114, hadis nombor 590. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن القاسم: أن رجلا قال لأبي هريرة: إن رجالا يعرون نساءهم؛ يأمرونهن يمشين بين أيديهم؟ ثم قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: لو استطعت؛ لأخفيت عورتي من شعاري.
[الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5566)]

(Palsu)
Daripada al-Qasim: Seorang lelaki telah berkata kepada Abu Hurairah RA: Sesungguhnya orang-orang lelaki menelanjangkan isteri-isteri mereka, dan menyuruh mereka berjalan-jalan di hadapan mereka. Kemudian Abu Hurairah RA berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya aku mampu, aku akan menyembunyikan auratku daripada pakaianku.”
[Riwayat oleh al-Ṭabarani dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5566]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.