Sedikitkan dosamu, maka kematian akan menjadi mudah untukmu

TEKS BAHASA ARAB

أقل من الذنوب، يهن عليك الموت، وأقل من الدين؛ تعش حرا، وانظر في أي نصاب تضع ولدك؛ فإن العرق دساس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sedikitkan dosamu, maka kematian akan menjadi mudah untukmu, sedikitkan hutangmu maka engkau hidup bebas. Lihatlah siapa yang engkau pilih untuk melahirkan zuriatmu, kerana sesunguhnya keturunan adalah percampuran benih.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 948, hadis nombor 4890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم- قال: ((أقل من الذنوب، يهن عليك الموت، وأقل من الدين؛ تعش حرا، وانظر في أي نصاب تضع ولدك؛ فإن العرق دساس)).
[عد، هب، ((الضعيفة)) (5337)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sedikitkan dosamu, maka kematian akan menjadi mudah untukmu, sedikitkan hutangmu maka engkau hidup bebas. Lihatlah siapa yang engkau pilih untuk melahirkan zuriatmu, kerana sesunguhnya keturunan adalah percampuran benih.
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, al-Baihaqiy dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4337].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs