Seburuk-buruk kamu adalah yang bujang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: شراركم عزابكم، ركعتان من المتأهل، خير من سبعين ركعة من غير متأهل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Seburuk-buruk kamu adalah yang bujang dalam kalangan kamu. Solat dua rakaat orang yang berkahwin lebih afdhal daripada solat 70 rakaat orang bujang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 103, hadis nombor 272. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، كما قال مخرجه ابن عدي، وحكم ابن الجوزي بوضعه. وأقره السيوطي في مختصر الموضوعات.

Palsu sebagaimana yang dinilai oleh penulis yang mengeluarkan hadith tersebut iaitu Ibn ‘Adi. Ibn al-Jauzi turut menilainya sebagai palsu dan turut diakui oleh al-Suyuti dalam Mukhtasar al-Maudhu’at.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.