Saya pernah menyaksikan Zaid bin Arqam, al-Mughirah bin Shu‘bah dan Anas bin Malik menyebutkan bahawa pada malam Nabi SAW berlindung di Gua Thur

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أدركت زيد بن أرقم والمغيرة بن شعبة وأنس بن مالك يذكرون أن النبي صلى الله عليه وسلم ليلة الغار أمر الله عز وجل شجرة فخرجت في وجه النبي صلى الله عليه وسلم تستره وإن الله عز وجل بعث العنكبوت فنسجت ما بينهما فسترت وجه النبي صلى الله عليه وسلم وأمر الله حمامتين وحشيتين فأقبلتا تدفان (وفي نسخة: ترفان) حتى وقعا بين العنكبوت وبين الشجرة، فأقبل فتيان قريش من كل بطن رجل معهم عصيهم وقسيهم وهراواتهم حتى إذا كانوا من النبي صلى الله عليه وسلم على قدر مائتي ذراع قال الدليل سراقة بن مالك المدلج: انظروا هذا الحجر ثم لا أدري أين وضع رجله رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال الفتيان: إنك لم تخطر منذ اللية أثره حتى إذا أصبحنا قال: انظروا في الغار! فاستقدم القوم حتى إذا كانوا على خمسين ذراعا نظر أولهم فإذا الحمامات، فرجع، قالوا: ما ردك أن تنظر في الغار؟ قال: رأيت حمامتين وحشيتين بفم الغار فعرفت أن ليس فيه أحد فسمعها النبي صلى الله عليه وسلم فعرف أن الله عز وجل قد درأ عنهما بهما، فسمت عليهما فأحرزهما الله تعالى بالحرم فأفرجا كل ما ترون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya pernah menyaksikan Zaid bin Arqam, al-Mughirah bin Shu‘bah dan Anas bin Malik menyebutkan bahawa pada malam Nabi SAW berlindung di Gua Thur, Allah memerintah sebuah pokok untuk tumbuh di hadapan Nabi SAW bagi menyembunyikan baginda, dan mengutuskan seekor labah-labah untuk membina sarangnya antaranya, maka ia menutup wajah Nabi SAW. Allah SWT mengutuskan dua ekor merpati dengan dua buah sarangnya, lalu ia bersambungan antara labah-labah dengan pokok.
Tatkala pemuda-pemuda bangsa Quraisy daripada semua suku datang bersama-sama dengan tongkat-tongkat, busur-busur dan belantan-belantan mereka dengan jarak dua ratus hasta sahaja lagi, penunjuk jalan, Suraqah bin Malik al-Mudlij berkata: Lihatlah dalam lubang itu. Baginda SAW tidak tahu di mana mahu menyorokkan kaki baginda lagi.
Seorang pemuda memberi respon: Sejak semalam engkau gagal menjejak langkahnya sehingga sudah hampir pagi. Suraqah berkata lagi: Periksalah dalam gua tersebut. Lalu sekumpulan pemuda maju ke hadapan. Apabila sudah 50 hasta dari kedudukan Nabi SAW, orang yang paling hadapan terlihat burung-burung merpati di situ, maka dia berpatah balik.
Pemuda-pemuda lain bertanya, Mengapakah engkau berpatah balik, tidak memeriksa gua tersebut? Lelaki itu menjawab: Aku nampak dua ekor burung merpati bersama dengan dua sarangnya di pintu gua. Aku pasti tiada sesiapa di dalamnya.
Nabi SAW terdengar perbualan tersebut, lalu baginda menyedari bahawa Allah SWT telah menyelamatkan mereka berdua dengan kewujudan dua merpati. Baginda bersyukur kepada Allah dengan dua ekor merpati tersebut, lalu Allah SWT menjaga mereka berdua sehingga ke Madinah, dan memudahkan urusan kedua mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1041, hadis nombor 5324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي مصعب المكي قال: أدركت زيد بن أرقم والمغيرة بن شعبة وأنس بن مالك يذكرون أن النبي صلى الله عليه وسلم ليلة الغار أمر الله عز وجل شجرة فخرجت في وجه النبي صلى الله عليه وسلم تستره وإن الله عز وجل بعث العنكبوت فنسجت ما بينهما فسترت وجه النبي صلى الله عليه وسلم، وأمر الله حمامتين وحشيتين فأقبلتا تدفان (وفي نسخة: ترفان) حتى وقعا بين العنكبوت وبين الشجرة، فأقبل فتيان قريش من كل بطن رجل معهم عصيهم وقسيهم وهراواتهم حتى إذا كانوا من النبي صلى الله عليه وسلم على قدر مائتي ذراع قال الدليل سراقة بن مالك المدلج: انظروا هذا الحجر ثم لا أدري أين وضع رجله رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال الفتيان: إنك لم تخطر منذ اللية أثره حتى إذا أصبحنا قال: انظروا في الغار! فاستقدم القوم حتى إذا كانوا على خمسين ذراعا نظر أولهم فإذا الحمامات، فرجع، قالوا: ما ردك أن تنظر في الغار؟ قال: رأيت حمامتين وحشيتين بفم الغار فعرفت أن ليس فيه أحد، فسمعها النبي صلى الله عليه وسلم فعرف أن الله عز وجل قد درأ عنهما بهما فسمت عليهما فأحرزهما الله تعالى بالحرم فأفرجا كل ما ترون. [ابن سعد، المخلص في الفوائد، البزار، طب، عق، خيثمة الإطرابلسي في فضائل الصديق، الهاشمي في الفوائد المنتقاة، أبو نعيم في دلائل النبوة، البيهقي في الدلائل، الضعيفة (1128)]

(Munkar) Daripada Abu Mus‘ab al-Makki, beliau menceritakan: Saya pernah menyaksikan Zaid bin Arqam, al-Mughirah bin Shu‘bah dan Anas bin Malik menyebutkan bahawa pada malam Nabi SAW berlindung di Gua Thur, Allah memerintah sebuah pokok untuk tumbuh di hadapan Nabi SAW bagi menyembunyikan baginda, dan mengutuskan seekor labah-labah untuk membina sarangnya antaranya, maka ia menutup wajah Nabi SAW. Allah SWT mengutuskan dua ekor merpati dengan dua buah sarangnya, lalu ia bersambungan antara labah-labah dengan pokok.
Tatkala pemuda-pemuda bangsa Quraisy daripada semua suku datang bersama-sama dengan tongkat-tongkat, busur-busur dan belantan-belantan mereka dengan jarak dua ratus hasta sahaja lagi, penunjuk jalan, Suraqah bin Malik al-Mudlij berkata: Lihatlah dalam lubang itu. Baginda SAW tidak tahu di mana mahu menyorokkan kaki baginda lagi.
Seorang pemuda memberi respon: Sejak semalam engkau gagal menjejak langkahnya sehingga sudah hampir pagi. Suraqah berkata lagi: Periksalah dalam gua tersebut. Lalu sekumpulan pemuda maju ke hadapan. Apabila sudah 50 hasta dari kedudukan Nabi SAW, orang yang paling hadapan terlihat burung-burung merpati di situ, maka dia berpatah balik.
Pemuda-pemuda lain bertanya, Mengapakah engkau berpatah balik, tidak memeriksa gua tersebut? Lelaki itu menjawab: Aku nampak dua ekor burung merpati bersama dengan dua sarangnya di pintu gua. Aku pasti tiada sesiapa di dalamnya.
Nabi SAW terdengar perbualan tersebut, lalu baginda menyedari bahawa Allah SWT telah menyelamatkan mereka berdua dengan kewujudan dua merpati. Baginda bersyukur kepada Allah dengan dua ekor merpati tersebut, lalu Allah SWT menjaga mereka berdua sehingga ke Madinah, dan memudahkan urusan kedua mereka. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat, al-Mukhlis dalam al-Fawa’id, al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’, Khaythmah al-Itrabulsi dalam Fada’il al-Siddiq, al-Hashimi dalam al-Fawa’id al-Muntaqah, Abu Nu‘aym dalam Dala’il al-Nubuwwah dan al-Baihaqi dalam al-Dala’il. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1128]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.