TEKS BAHASA ARAB
حديث: نقطة من دواة عالم أحب إلى الله من عرق مئة ثوب شهيد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Satu titik dakwat orang alim lebih dicintai Allah daripada peluh pada baju 100 orang syahid.”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 211, hadis nombor 667. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: نقطة من دَوَاة عَالم أحب إِلَى الله من عرق مائَة ثوب شَهِيد. مَوْضُوع كَمَا فِي الذيل.
Hadith: “Satu titik dakwat orang alim lebih dicintai Allah daripada peluh pada baju 100 orang syahid.” Palsu seperti disebutkan dalam kitab al-Zail.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.