Salah seorang daripada kamu memakai pakaian baharu maka bacalah doa

TEKS BAHASA ARAB

إذا لبس أحدكم ثوبا جديدا فليقل: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي واتجمل به في الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang daripada kamu memakai pakaian baharu maka bacalah doa: Segala puji bagi Allah yang memberiku pakaian yang dapat aku menutupi auratku dengannya dan menjadi cantik dengannya dalam kalangan manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1619, hadis nombor 8173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الرحمن بن أبي ليلى مرفوعا: إذا لبس أحدكم ثوبا جديدا فليقل: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي واتجمل به في الناس.
[ش، ابن سعد، ((الضعيفة)) (2700)]

(Lemah)
Daripada ‘Abd Al-Rahman bin Abi Laila secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang daripada kamu memakai pakaian baharu maka bacalah doa: Segala puji bagi Allah yang memberiku pakaian yang dapat aku menutupi auratku dengannya dan menjadi cantik dengannya dalam kalangan manusia.
[Riwayat Musannaf Ibn Abi Shaibah, Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2700]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs