Rasulullah S.A.W. menjadi imam kepada kami dalam solat Zohor

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يصلي بنا الظهر، فنسمع منه الآية بعد الآيات من سورة { لقمان } و{ الذاريات }.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah S.A.W. menjadi imam kepada kami dalam solat Zohor. Kami mendengar baginda membaca satu demi satu ayat daripada surah Luqman dan surah al-Dzaariyat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 293, hadis nombor 1541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه-، قال: «كان يصلي بنا الظهر، فتسمع منه الآية بعد الآيات من سورة «لقمان» و«الذاريات».
[ن، ه، «الضعيفة» (4120)]

(Lemah) Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA beliau berkata: Rasulullah S.A.W. menjadi imam kepada kami dalam solat Zohor. Kami mendengar baginda membaca satu demi satu ayat daripada surah Luqman dan surah al-Dzaariyat.
[Riwayat Sunan al-Nasa‘ie, Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4120]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.