Puasa adalah separuh dari kesabaran, ke atas semua perkara ada zakat, dan zakat ke atas badan adalah puasa

TEKS BAHASA ARAB

الصيام نصف الصبر، وعلى كل شيء زكاة، وزكاة الجسد الصيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Puasa adalah separuh dari kesabaran, ke atas semua perkara ada zakat, dan zakat ke atas badan adalah puasa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 881, hadis nombor 4519. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: (الصيام نصف الصبر، وعلى كل شيء زكاة، وزكاة الجسد الصيام). [هـ، هب، القضاعي، ((الضعيفة)) (3811)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Puasa adalah separuh dari kesabaran, ke atas semua perkara ada zakat, dan zakat ke atas badan adalah puasa.
[Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Qudha'i dalam Musnad al-Syihab. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3811]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs