Perumpamaan seorang mukmin dan iman itu bagaikan seekor kuda yang berada pada tambatannya

TEKS BAHASA ARAB

مثل المؤمن ومثل الإيمان كمثل الفرس في آخيته، يجول ثم يرجع إلى آخيته، يجول ثم يرجع إلى آخيته، وإن المؤمن يسهو ثم يرجع، فأطعموا طعامكم الأتقياء، وأولوا معروفكم المؤمنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan seorang mukmin dan iman itu bagaikan seekor kuda yang berada pada tambatannya. Ia berjalan-jalan kemudian ia kembali ke tambatannya. Ia berjalan-jalan (lagi) kemudian ia kembali ke tambatannya. Manakala sesungguhnya seorang mukmin itu terleka, kemudian dia kembali semula. Maka berikanlah makan kepada orang-orang bertakwa dan utamakan kebaikan kalian kepada orang-orang beriman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 440, hadis nombor 2357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «مثل المؤمن ومثل الإيمان كمثل الفرس في آخيته، يجول ثم يرجع إلى آخيته، يجول ثم يرجع إلى آخيته، وإن المؤمن يسهو ثم يرجع، فأطعموا طعامكم الأتقياء، وأولوا معروفكم المؤمنين». [حم، حل، هب، حب، ع، ابن المبارك، الأصبهاني، البغوي، أبو الشيخ في «الأمثال»، القضاعي، «الضعيفة» (6637)].

(Lemah) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Perumpamaan seorang mukmin dan iman itu bagaikan seekor kuda yang berada pada tambatannya. Ia berjalan-jalan kemudian ia kembali ke tambatannya. Ia berjalan-jalan (lagi) kemudian ia kembali ke tambatannya. Manakala sesungguhnya seorang mukmin itu terleka, kemudian dia kembali semula. Maka berikanlah makan kepada orang-orang bertakwa dan utamakan kebaikan kalian kepada orang-orang beriman.” [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, Abu Nu'aym dalm al-Hilyah, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn Ḥibbān, Abū Ya‘lā, Ibn al-Mubārak, al-Aṣbahānī, al-Baghāwī, Abū al-Shaykh dalam al-Amthāl dan al-Quḍā‘ī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6637].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs