Perkara yang Allah SWT sukai kemudian dihalalkan-Nya, dan perkara yang Allah SWT benci kemudian dihalalkan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

ما أحل الله حلالا أحب إليه من النكاح، ولا أحل حلالا أكره إليه من الطلاق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada perkara yang disukai oleh Allah SWT kemudian dihalalkan-Nya melebihi nikah, dan tiada perkara yang dibenci oleh Allah kemudian Allah SWT menghalalkannya melebihi talak (cerai).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 943, hadis nombor 4860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – رفعه: ((ما أحل الله حلالا أحب إليه من النكاح، ولا أحل حلالا أكره إليه من الطلاق)).
[فر، ((الضعيفة)) (4414)].

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada perkara yang disukai oleh Allah SWT kemudian dihalalkan-Nya melebihi nikah, dan tiada perkara yang dibenci oleh Allah kemudian Allah SWT menghalalkannya melebihi talak (cerai).
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4414]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs