TEKS BAHASA ARAB
إن أول ما خلق الله العقل وإن أول ما خلق الله نوري وإن أول ما خلق الله الروح وإن أول ما خلق الله العرش.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perkara pertama yang diciptakan oleh Allah ialah akal. Perkara pertama yang diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Perkara pertama yang diciptakan oleh Allah ialah roh dan perkara pertama yang diciptakan oleh Allah ialah Arasy.
STATUS
Tidak sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث الْعقل مَوْضُوع وَالثَّلَاثَة الْأُخَر لم ترد بِهَذَا اللَّفْظ.
Aku katakan bahawa hadis tentang akal adalah palsu dan tiga yang lain tidak disebutkan di dalam riwayat yang sabit
RUJUKAN
Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.