Perbelanjaan untuk menunaikan haji seperti perbelanjaan untuk jihad pada jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

النفقة في الحج مثل النفقة في سبيل الله الدرهم سبعمائة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbelanjaan untuk menunaikan haji sama seperti perbelanjaan untuk jihad pada jalan Allah. Satu dirham menyamai tujuh ratus.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 35, hadis nombor 148. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أحمد (5/ 354-355) والبخاري في الكبير (1/ 2/ 63) والبيهقي (4/332) من طرق عن عطاء بن السائب عن أبي زهير الضبعي عن عبد الله بن بريده عن أبيه مرفوعاً.. فذكره. وقد رواه عن عطاء منصور بن أبي الأسود وأبو عوانة وأبو حمزة السكري.
قلت: وهذا سند ضعيف لأمرين بل ثلاثة:
الأول: إن عطاء بن السائب كان قد اختلط، وهؤلاء الذين رووا عنه، أخذوا عنه بعد الاختلاط على ما هو ظاهر من ترجمته.
الثاني: إن أبا زهير الضبعي، واسمه زهير بن حرب مجهول الحال فقال ابن أبي حاتم في الجرح والتعديل (1/ 2/ 249) : حرب. قال علي بن المدني: أراه أبا زهير الضبعي الذي روى عن ابن بريده عن أبيه عن النبي صلى الله عليه وسلم في النفقة في الحج. روى عنه عطاء بن السائب واختلف عن عطاء فيه على وجوه شتى. أهـ‍. وذكره ابن حبان في الثقات (6/ 231 – 232) .
الثالث: الاختلاف في سنده عن عطاء كما مر في كلام أبي حاتم الرازي. فرواه موسى بن أعين، عن عطاء، عن علقمة بن مرثد، عن ابن بريدة عن أبيه فذكره. أخرجه الطبراني في الأوسط (ق 97 / 1- زوائد المعجمين) . فأدخل بين عطاء بن السائب وابن بريدة: علقمة بن مرثد ورواية الجماعة عن عطاء أولى. والله أعلم.
وقد اختلف على حرب بن زهير فيه. فأخرجه البزار (ج 2/ رقم 1664) من طريق عبد الرحمن بن مغراء، ثنا محمد بن أبي إسماعيل، ثنا حرب بن زهير عن أنس بن مالك قال: النفقة في سبيل الله بسبعمائة ضعف. كذا لفظه ولم يذكر النفقة في الحج. قال البزار: لا نعلم روى ابن زهير عن أنس إلا هذا.
قلت: كذا روى ابن مغراء عن محمد بن أبي إسماعيل وخالفه محمد بن بشر، فرواه عن محمد بن أبي إسماعيل، عن حرب بن زهير، عن يزيد بن زهير الضبعي عن أنس فذكره مرفوعاً. أخرجه البخاري في التاريخ.
فكان الاختلاف من وجهين:
الأول: أنه جعل شيخ حرب بن زهير هو: يزيد بن زهير وليس أنس بن مالك.
الثاني: أنه رفعه، في حين أن ابن مغراء رواه عن محمد بن أبي إسماعيل موقوفاً. وحرب بن زهير قد تقدم أنه مجهول الحال. أما يزيد بن زهير فلم أعرفه. قال الهيثمي في المجمع (3/ 208) عن رواية البزار: وفيه من لم اعرفه. ثم سماه الهيثمي في المجمع (3/ 208) عن رواية البزار: وفيه من لم أعرفه. ثم سماه الهيثمي في موضوع آخر (5/ 282) : فيه محمد بن أبي إسماعيل، ولم أعرفه وبقية رجاله ثقات.
قلت: وهذا غريب من الحافظ الهيثمي رحمه الله تعالى ومحمد بن أبي إسماعيل من رجال مسلم. وثقه ابن معين والنسائي وابن حبان. وأثنى عليه أبو حاتم. ثم قوله: وبقية رجاله ثقات. وهم آخر، وحرب بن زهير تقدم الكلام عليه، وأنه مجهول الحال. لكني تدبرت صنيع الهيثمي فوجدته يعتد بثويثق ابن حبان، حتى وإن تفرد به – في مواضع كثيرة من المجمع وهو تصرف ضعيف على أنني وقعت له على تناقض كثير في هذا الأمر فالله تعالى يسامحنا وإياه.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ahmad (5/354-355), al-Bukhari dalam al-Kabir (1/2/63), dan al-Baihaqi (4/332) melalui sanad ‘Ata’ bin al-Sa’ib daripada Abu Zuhair al-Dhib’ei daripada Abd Allah bin Buraidah daripada ayahnya secara marfu’, lalu beliau menyebutkannya.
Mansur bin Abi al-Aswad, Abu ‘Awanah dan Abu Hamzah al-Sukkari turut telah meriwayatkannya daripada ‘Ata’.
Saya berkata: Sanad ini dha’if kerana dua, bahkan tiga sebab:
Pertama: ‘Ata’ bin al-Sa’ib telah mengalami kecelaruan hafalan pada akhir usia. Kesemua mereka yang meriwayatkan hadith daripada ‘Ata’ telah mengambil hadith daripada beliau selepas ‘Ata’ mengalami kecelaruan hafalan (nyanyuk) sebagaimana yang jelas melalui biografi beliau.
Kedua: Abu Zuhair al-Dhib’ei, nama beliau Zuhair bin Harb, seorang perawi yang Majhul al-Hal (Tidak diketahui statusnya). Ibn Abi Hatim berkata dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (1/2/249): "Harb, ‘Ali bin al-Madini berkata: Saya melihat Abu Zuhair al-Dhib’ei yang meriwayatkan daripada Ibn Buraidah daripada ayahnya daripada Nabi SAW berkenaan perbelanjaan untuk menunaikan haji. ‘Ata’ telah meriwayatkan daripada beliau dan berlaku perbezaan riwayat daripada ‘Ata’ melalui sanad yang pelbagai". Ibn Hibban telah menyebutkan beliau dalam al-Thiqah (6/231-232).
Ketiga: Berlaku perbezaan pada sanadnya daripada ‘Ata’ sebagaimana telah disebutkan dalam kalam Abu Hatim al-Razi. Musa bin A’yan telah meriwayatkannya daripada ‘Ata’ daripada ‘Alqamah bin Marthad daripada Ibn Buraidah daripada ayahnya, lalu beliau pun menyebutkan hadith itu. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat (hlm. 97/1 – Zawa’id al-Mu’jamain). Musa telah memasukkan ‘Alqamah bin Marthad antara ‘Ata’ bin al-Sa’ib dan Ibn Buraidah. Riwayat sekumpulan perawi daripada ‘Ata’ lebih utama untuk diterima. Wallahua’lam. Berlaku perbezaan riwayat terhadap Harb bin Zuhair dalam sanad tersebut.
Selain itu, Al-Bazzar (juz 2/hadith nombr 1664) juga telah mengeluarkannya melalui sanad ‘Abd al-Rahman bin Maghra’. Katanya Muhammad bin Abi Isma’il telah menceritakan kepada kami, katanya Harb bin Zuhair telah menceritakan kepada kami daripada Anas bin Malik, katanya: "Perbelanjaan untuk jihad pada jalan Allah dengan 700 gandaan". Begitulah lafaznya, tidak disebutkan tentang perbelanjaan untuk menunaikan haji. Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahui Ibn Zuhair meriwayatkannya daripada Anas melainkan dengan sanad ini".
Saya berkata: Demikianlah Ibn Maghra’ meriwayatkan daripada Muhammad bin Abi Isma’il. Muhammad bin Bishr meriwayatkan berbeza dengan Ibn Maghra’. Muhammad bin Bishr telah meriwayatkannya daripada Muhammad bin Abi Isma’il daripada Harb bin Zuhair daripada Yazid bin Zuhair al-Dhib’ei daripada Anas, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Tarikh. Perbezaan tersebut melalui dua sudut:
Pertama: Ibn Maghra’ menjadikan guru kepada Harb bin Zuhair sebagai Yazid bin Zuhair, bukannya Anas bin Malik.
Kedua: Muhammad bin Bishr meriwayatkannya secara marfu’, sedangkan Ibn Maghra’ pula meriwayatkannya daripada Muhammad bin Abi Isma’il secara mawquf. Harb bin Zuhair sebagaimana telah disebutkan bahawa beliau seorang yang Majhul al-Hal. Yazid bin Zuhair pula saya tidak mengenali beliau.
Al-Haythami dalam al-Majma’ (3/208) berkata tentang riwayat al-Bazzar: "Dalam sanadnya terdapat perawi yang saya tidak kenali". Kemudian al-Haythami menyebutkan dalam al-Majma’ (3/208) tentang riwayat al-Bazzar: "Dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak aku kenali". Kemudian di tempat lain, al-Haythami (5/282) menyebutkan nama: "Dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Abi Isma’il, aku tidak mengenali beliau. Perawi-perawi lain adalah para perawi yang thiqah".
Saya berkata: Ini adalah sesuatu yang gharib daripada al-Hafiz al-Haythami r.h. Muhammad bin Abi Isma’il termasuk perawi-perawi Muslim. Beliau telah dinilai thiqah oleh Ibn Ma’in, al-Nasa’ei, dan Ibn Hibban. Abu Hatim pula memuji beliau. Kemudian, kata-kata al-Haythami: "Perawi-perawi lain adalah para perawi yang thiqah", ianya suatu kekeliruan yang lain pula. Harb bin Zuhair adalah sebagaimana yang telah dibincangkan, beliau seorang yang Majhul al-Hal.
Namun, saya membuat pemerhatian terhadap cara al-Haythami, saya mendapati beliau berpegang dengan penilaian thiqah oleh Ibn Hibban hinggakan walaupun Ibn Hibban bersendirian menilainya – dalam banyak tempat dalam al-Majma’, ianya suatu cara yang lemah. Saya juga menemui banyak percanggahan oleh al-Haythami dalam penilaian ini. Semoga Allah Ta’ala memberikan belas ihsan kepada kita dan juga kepada beliau.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.