TEKS BAHASA ARAB
سيد طعام أهل الدنيا وأهل الجنة اللحم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Penghulu bagi segala makanan penduduk dunia dan penghuni syurga ialah daging.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 402, hadis nombor 2158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – مرفوعاً: «سيد طعام أهل الدنيا وأهل الجنة اللحم». [هـ، «الضعيفة»(3724)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Penghulu bagi segala makanan penduduk dunia dan penghuni syurga ialah daging". [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3724].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.