Penduduk al-‘Āliyah telah berkata: Wahai Rasulullah, kami mesti melakukan majlis, apa yang harus kami lakukan?

TEKS BAHASA ARAB

قال أهل العالية : يا رسول الله لا بد لنا من مجالس. قال : أدوا حق المجالس : اذكروا الله كثيرا وأرشدوا السبيل وغضوا الأبصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penduduk al-‘Āliyah telah berkata: Wahai Rasulullah, kami mesti mempunyai tempat berhimpun, apa yang harus kami lakukan?, apa yang harus kami lakukan? Baginda SAW telah bersabda: Tunaikanlah hak tempat berhimpun iaitu mengingati Allah SWT dengan banyak, tunjukkan ke arah jalan yang betul, serta tundukkanlah pandangan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 139, hadis nombor 695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن حنيف قال: قال أهل العالية: يا رسول الله لا بد لنا من مجالس قال: أدوا حق المجالس: اذكروا الله كثيراً وأرشدوا السبيل وغضوا الأبصار. [طب، الضعيفة (6969)].

(Lemah) Daripada Sahl ibn Ḥunaif telah berkata:Penduduk al-‘Āliyah telah berkata: Penduduk al-‘Āliyah telah berkata: Wahai Rasulullah, kami mesti mempunyai tempat berhimpun, apa yang harus kami lakukan?, apa yang harus kami lakukan? Baginda SAW telah bersabda: Tunaikanlah hak tempat berhimpun iaitu mengingati Allah SWT dengan banyak, tunjukkan ke arah jalan yang betul, serta tundukkanlah pandangan. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6969)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs