Peha Abdullah Bin Khirasy seperti bukit Uhud di neraka

TEKS BAHASA ARAB

فخذ عبد الله بن خراش في جهنم مثل أحد، وضرسه مثل البيضاء. قال أبو هريرة: ولم ذاك يا رسول الله؟! قال: كان عاقا لوالديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Peha Abdullah Bin Khirasy seperti bukit Uhud di neraka. Giginya seperti al-Baidha’. Abu Hurairah berkata: Mengapakah sebegitu rupa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Beliau derhaka kepada kedua ibu bapanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1896, hadis nombor 9533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي غسان الضبي رضي الله عنه قال خرجت أمشي مع أبي بظهر الحرة، فلقيني أبو هريرة فقال: من هذا؟ قلت: أبي. قال: لا تمش بين يدي أبيك، ولكن امش خلفه وإلى جنبه، ولا تدع أحداً يحول بينك وبينه، ولا تمش فوق إجار أبوك تحته، ولا تأكل عرقاً أبوك قد نظر إليه؛ لعله قد اشتهاه. ثم قال: أتعرف عبد الله بن خراش؟ قلت: لا. قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: فخذ عبد الله بن خراش في جهنم مثل أحد، وضرسه مثل البيضاء. قال أبو هريرة: ولم ذاك يا رسول الله؟! قال: كان عاقاً لوالديه.
[طس، ((الضعيفة)) (5306)]

(Lemah)
Daripada Abu Ghassan Al-Dhabbi RA. Beliau berkata: Saya keluar berjalan bersama ayah saya pada waktu zohor yang amat terik. Lalu Abu Hurairah bertemu dengan saya. Beliau berkata: Siapakah ini? Saya menjawab: Ini ayah saya. Abu Hurairah berkata: Jangan kamu berjalan di hadapan ayah kamu. Akan tetapi berjalanlah di belakang atau sisinya. Jangan kamu biarkan ada yang berada di antara kamu dan ayah kamu. Jangan kamu berjalan di atas lantas sedangkan ayah kamu berada di bawah. Jangan makan sedangkan ayah kamu sedang melihatnya. Boleh jadi dia menginginkannya. Beliau kemudian berkata: Adakah kamu mengenali Abdullah Bin Khirasy. Saya berkata: Tidak? Beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Peha Abdullah Bin Khirasy seperti bukit Uhud di neraka. Giginya seperti al-Baidha’. Abu Hurairah berkata: Mengapakah sebegitu rupa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Beliau derhaka kepada kedua ibu bapanya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5306]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs