Para tukang azan akan dibangkitkan pada hari kiamat di atas unta daripada unta-unta syurga

TEKS BAHASA ARAB

يحشر المؤذنون يوم القيامة على نوق من نوق الجنة يقدمهم بلال، رافعي أصواتهم بالأذان ينظر إليهم الجمع، فيقال: من هؤلاء؟ فيقال: مؤذنو أمة محمد ﷺ؛ يخاف الناس ولا يخافون، ويحزن الناس ولا يحزنون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Para tukang azan akan dibangkitkan pada hari kiamat di atas unta daripada unta-unta syurga, mereka diketuai oleh Bilal, dalam keadaan nyaringnya suara mereka melaungkan azan. Sekumpulan orang melihat kepada mereka lalu ditanya: "Siapakah mereka?" Maka dijawab: "Para tukang azan umat Muhammad ﷺ. Orang ramai merasa takut sedangkan mereka tidak takut. Orang ramai merasa sedih sedangkan mereka tidak merasa sedih".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 356, hadis nombor 1895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: «يحشرُ المؤذِّنونَ يومَ القيامةِ علَى نوقٍ من نوقِ الجنَّةِ يقدُمُهم بلالٌ، رافِعي أصواتِهم بالأذانِ ينظرُ إليْهمُ الجمعُ، فيقالُ: مَن هؤلاءِ؟ فيقالُ: مؤذِّنو أمَّةِ محمَّدٍ ﷺ؛ يخافُ النَّاسُ ولا يَخافونَ، ويحزنُ النَّاسُ ولا يحزنونَ». [خط، ابن عساكر، «الضعيفة» (774)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Para tukang azan akan dibangkitkan pada hari kiamat di atas unta daripada unta-unta syurga, mereka diketuai oleh Bilal, dalam keadaan nyaringnya suara mereka melaungkan azan. Sekumpulan orang melihat kepada mereka lalu ditanya: "Siapakah mereka?" Maka dijawab: "Para tukang azan umat Muhammad ﷺ. Orang ramai merasa takut sedangkan mereka tidak takut. Orang ramai merasa sedih sedangkan mereka tidak merasa sedih". [Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Bahgdadi dalam Tarikhnya dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 774].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs