Pahala golongan abrar seperti dosa golongan yang muqarrabin

TEKS BAHASA ARAB

” حسنات الأبرار سيئات المقربين “.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pahala golongan abrar (golongan yang baik) seperti dosa golongan yang muqarrabin (golongan yang dekat dengan TuhanNya).

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 123, hadis nombor 159. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هَذَا مِنْ كَلامِ النَّاسِ. وَعَزَاهُ الْقُرْطُبِيُّ فِي ” تَفْسِيرِهِ ” لِلْجُنَيْدِ.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Ucapan ini adalah daripada manusia. Al-Qurtubi telah mengedarkannya dalam tafsirnya daripada al-Junaid.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs