Pada patung, baginda memberikan keringanan jika dipijak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

في التماثيل؛ رخص فيما كان يوطأ، وكره ما كان منصوبا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada patung, baginda memberikan keringanan jika dipijak, dan membenci jika ditegakkan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 807, hadis nombor 4157. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- يرفع الحديث إلى رسول الله -صلى الله عليه وسلم- في التماثيل؛ رخص فيما كان يوطأ، وكره ما كان منصوبا.
[طس، ((الضعيفة)) (5998)].

(Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada patung, baginda memberikan keringanan jika dipijak, dan membenci jika ditegakkan.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5998]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.