Orang Yahudi bertanya kepada Nabi SAW tentang perbezaan warna air mani lelaki dan wanita

TEKS BAHASA ARAB

نطفة الرجل بيضاء غليظة، ونطفة المرأة صفراء رقيقة، فأيهما غلبت صاحبتها فالشبه له، وإن اجتمعتا جميعا؛ كان منها ومنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Air mani lelaki warna putih yang keras, air mani perempuan warna kuning yang rapuh, sekiranya salah satu mendominasi maka ia akan menyerupainya, sekiranya ia terhimpun bersama, maka ia sebahagian daripada wanita dan lelaki tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 945, hadis nombor 4876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التام)عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: أتى نفر من اليهود النبي – صلى الله عليه وسلم – فقالوا: إن أخبرنا بما نسأله فإنه نبي. فقالوا: من أين يكون الشبه يا محمد؟! فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((نطفة الرجل بيضاء غليظة، ونطفة المرأة صفراء رقيقة، فأيهما غلبت صاحبتها فالشبه له، وإن اجتمعتا جميعا؛ كان منها ومنه)). [أبو الشيخ في ((العظمة))، ((الضعيفة)) (4689)].

(Lemah dengan penyempurnaan lafaz ini)
Daripada Ibn Abbas RA telah berkata: Nabi Muhammad SAW telah didatangi oleh sekumpulan Yahudi lalu mereka berkata: “Kami telah diberitahu bahawa (Muhammad) ialah seorang Nabi”. Mereka berkata lagi: “Di manakah persamaannya wahai Muhammad?!” Maka sabda Rasulullah SAW: “Air mani lelaki warna putih yang keras, air mani perempuan warna kuning yang rapuh, sekiranya salah satu mendominasi maka ia akan menyerupainya, sekiranya ia terhimpun bersama, maka ia sebahagian daripada wanita dan lelaki tersebut”.
[Riwayat Abu al-Syaikh di dalam al-‘Uzmah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4689].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.