Orang-orang fakir adalah sapu tangan bagi orang-orang kaya

TEKS BAHASA ARAB

الفقراء مناديل الأغنياء يمسحون بهم ذنوبهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang-orang fakir adalah sapu tangan bagi orang-orang kaya. Mereka menggunakan untuk menyapu dosa-dosa mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 255, hadis nombor 198. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه العقيلي (165/ 1) من طريق العلاء بن زيدل قال: حدثنا أنس بن مالك مرفوعاً به.
قلت: والعلاء هذا كان يضع الحديث كما قال ابن المديني. وتركه أبو حاتم والدارقطني. وقال البخاري والعقيلي: منكر الحديث.

Mawdhu’ (Palsu) Hadith tersebut diriwayatkan oleh Al-Uqaili (1/165) melalui jalan riwayat Al-‘Ala Bin Zindil. Beliau berkata : Anas Bin Malik telah menceritakan kepada kami secara marfu’. Saya berkata : Al-‘Ala adalah orang yang memalsukan hadith seperti yang dinyatakan oleh Ibn Al-Madini. Abu Hatim dan Al-Daruqutni meninggalkan riwayat beliau. Al-Bukhari dan Al-‘Uqaili berkata : "Beliau banyak melakukan kesalahan dalam meriwayatkan hadith (Munkar Al-Hadith)."

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.