TEKS BAHASA ARAB
لا يتقدم الصف الأول أعرابي، ولا أعجمي، ولا غلام لم يحتلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang Badwi tidak boleh maju ke saf pertama, tidak juga orang selain Arab dan tidak juga kanak-kanak yang belum bermimpi (baligh).
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 343, hadis nombor 1799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: «لا يتقدم الصف الأول أعرابي، ولا أعجمي، ولا غلام لم يحتلم». [قط، ابن الجوزي في «العلل المتناهية»، «الضعيفة» (6022)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Orang Badwi tidak boleh maju ke saf pertama, tidak juga orang selain Arab dan tidak juga kanak-kanak yang belum bermimpi (baligh)". [Riwayat al-Dāraqutnī dalam Sunannya dan Ibn al-Jawzī dalam al-‘Ilal al-Mutanāhiyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6022].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.