TEKS BAHASA ARAB
نهى – صلى الله عليه وسلم – عن أكل الطعام الحار حتى يسكن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi Muhammad SAW melarang untuk makan makanan yang panas sehingga makanan itu menjadi sejuk (boleh dimakan).
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1182, hadis nombor 5991. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن صهيب – رضي الله عنه -، قال: ((نهى – صلى الله عليه وسلم – عن أكل الطعام الحار حتى يسكن)). [هب، ((الضعيفة)) (5230)]
(Sangat Lemah)
Daripada Suhaib RA, telah berkata: Nabi Muhammad SAW melarang untuk makan makanan yang panas sehingga makanan itu menjadi sejuk (boleh dimakan).
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 5230]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.