Nabi Muhamad SAW disokong oleh kabilah Arab yang hebat lidahnya dan kuat fizikalnya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – عز وجل – أيدني بأشد العرب ألسنا وأذرعا؛ بابني قيلة: الأوس والخزرج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT menguatkanku dengan kabilah Arab yang paling hebat lidahnya dan kuat fizikalnya; iaitu dua keturunan Qailah: Al-Aus dan al-Khazraj.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1823, hadis nombor 9190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله -عز وجل- أيدني بأشد العرب ألسنا وأذرعا؛ بابني قيلة: الأوس والخزرج)). [طب، ((الضعيفة)) (3061)]

(Lemah) Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menguatkanku dengan kabilah Arab yang paling hebat lidahnya dan kuat fizikalnya; iaitu dua keturunan Qailah: Al-Aus dan al-Khazraj.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3061]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs