Mu‘ādh bin Jabal kematian anaknya maka Rasulullah s.a.w mengutuskan ucapan takziah kepadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حدثنا أحمد بن يحيى بن خالد بن حيان الرقي، ثنا عمرو بن بكر السكسكي، ثنا مجاشع بن عمرو الأسدي، ثنا الليث بن سعد عن عاصم بن عمر بن قتادة، عن محمود بن لبيد، عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، أنه مات ابن له فكتب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم يعزيه بابنه، فكتب إليه: بسم الله الرحمن الرحيم من محمد رسول الله إلى معاذ بن جبل سلام عليك، فإني أحمد إليك الله الذي لا إله إلا هو أما بعد فأعظم الله لك الأجر وألهمك الصبر ورزقنا وإياك الشكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aḥmad bin Yaḥyā bin Khālid bin Ḥayān al-Raqī telah menceritakan kepada kami, ‘Amr bin Bakr al-Saksakī telah menceritakan kepada kami, Mujāshi‘ bin ‘Amr al-Asadī telah menceritakan kepada kami, al-Layth bin Sa‘d telah menceritakan kepada kami, daripada ‘Āṣim bin ‘Umar bin Qatādah, daripada Maḥmūd bin Labīd, daripada Mu‘ādh bin Jabal r.a sesungguhnya Mu‘ādh bin Jabal kematian anaknya maka Rasulullah s.a.w mengutuskan ucapan takziah kepadanya. Maka dituliskan kepadanya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, daripada Muḥammad Rasulullah s.a.w kepada Muādh bin Jabal, salam sejahtera kepadamu, sesungguhnya aku memanjatkan setinggi-tinggi pujian kepadaMu Allah yang tiada lagi Tuhan selainNya. Semoga Allah memperbanyakkan pahala kepada kamu, mengilhamkan kamu dengan kesabaran serta merezekikan kepadamu kerahmatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai yang diselia oleh Dr. Faisal Ahmad Shah dalam Disertasi Universiti Malaya bertajuk Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan, di halaman 69, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Diriwayatkan al-Ṭabrānī dalam al-Kabīr, al-Awsaṭ, al-Du‘ā’ dan daripadanya Abū Nu‘aim dalam al-Ḥilyah, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak melalui jalan Mujāshi‘ bin ‘Amr al-Asadī daripada al-Layth bin Sa‘d daripada ‘Āṣim bin ‘Umar bin Qatādah daripada Maḥmūd bin Labīd daripada Mu‘ādh bin Jabal.
Ibn al-Jawzī memuatkan hadith ini dalam al-Mawḍū‘āt daripada Mujāshi‘. Menurut Ibn Ḥibbān, Mujāshi‘ adalah pemalsu hadith dan tiadalah sebutan mengenainya melainkan dengan celaan dan setiap periwayatan ini adalah batil. Al-Albānī menghukumkannya sebagai palsu.
Hadith ini adalah palsu kerana terdapatnya pemalsu hadith bernama Mujāshi‘.

RUJUKAN

Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai. (2020). Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan. Universiti Malaya.

MAKLUMAN

Maklumat ini adalah hasil sumbangan penulis iaitu Saudari Nur Farha dan para dermawan seperti Saudara Mohd. Firdaus dan lain-lain, melalui Tabung Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.