Meruntuhkan Kaabah batu demi batu lebih mudah daripada membunuh seorang muslim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حدديث: لهدم الكعبة حجرا حجرا أهون من قتل المسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Meruntuhkan Kaabah batu demi batu lebih mudah daripada membunuh seorang muslim.”

STATUS

Tidak warid

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 150, hadis nombor 442. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لهدم الْكَعْبَة حجرا حجرا أَهْون من قتل الْمُسلم. لم يرد بِهَذَا اللَّفْظ.

Hadith: “Meruntuhkan Kaabah batu demi batu lebih mudah daripada membunuh seorang muslim.” tidak warid dengan lafaz ini.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.