TEKS BAHASA ARAB
إسماع الأصم صدقة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Memperdengarkan sesuatu kepada orang pekak adalah sedekah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 252, hadis nombor 195. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
منكر.
أخرجه الخطيب في الجامع (97/ 1) من طريق أحمد بن عبد الصمد نا إسماعيل بن قيس بن سعد عن أبي حازم عن سهل بن سعد مرفوعاً.
قلت: وسنده ضعيف. وإسماعيل بن قيس قال فيه البخاري: منكر الحديث. وهو جرح شديد عنده كما تقدم غير مرة. والله أعلم.
Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Khatib dalam al-Jami’ (1/97) melalui sanad Ahmad bin ‘Abdul Somad, katanya Isma’il bin Qais bin Sa’d telah menceritakan kepada kami daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa’d secara marfu’.
Saya berkata: Sanadnya dha’if. Isma’il bin Qais, al-Bukhari berkata tentang beliau: "Munkar al-Hadith". Ianya merupakan kritikan yang berat di sisi beliau sebagaimana yang telah disebutkan berkali-kali sebelum ini. Wallahua’lam.
RUJUKAN
Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.