Meminta kebenaran; itu ialah kamu memanggil khadam sehingga dia meminta kebenaran ahli keluarga yang kamu minta kebenaran untuk (masuk bertemu) mereka

TEKS BAHASA ARAB

الاستئناس! أن تدعو الخادم حتى يستأنس أهل البيت الذين تستأذن عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Meminta kebenaran; itu ialah kamu memanggil khadam sehingga dia meminta kebenaran ahli keluarga yang kamu minta kebenaran untuk (masuk bertemu) mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 231, hadis nombor 1226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أيوب – رضي الله عنه – أن النبي ﷺ قال: «الاستئناس! أن تدعو الخادم حتى يستأنس أهل البيت الذين تستأذن عليهم». [طب، «الضعيفة» (6370)].

(Palsu) Daripada Abu Ayyub RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Meminta kebenaran; itu ialah kamu memanggil khadam sehingga dia meminta kebenaran ahli keluarga yang kamu minta kebenaran untuk (masuk bertemu) mereka". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6370].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.