Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأ القرآنَ يَتَأَكَّلُ به الناسَ جاء يومَ القيامةِ ووجهُه عَظْمٌ ليس عليه لَحْمٌ . قُرَّاءُ القرآنِ ثلاثةٌ : رجلٌ قرأ القرآنَ فاتخذه بِضاعتَه فاسْتَجَرَّ به الملوكَ ، واستمال به الناسَ . ورجلٌ قرأ القرآنَ فأقام حروفَه ، وضَيَّع حدودَه ، كَثُرَ هؤلاءِ مِن قُرَّاءِ القرآنِ لاكَثَّرَهُمُ اللهُ . ورجلٌ قرأ القرآنَ فوضع دواءَ القرآنِ على داءِ قلبِهِ ، فأَسْهَرَ به ليلَه وأَظْمَأَ به نهارَه ، فأقاموا به في مساجدِهِم ، بهؤلاءِ يَدْفَعُ اللهُ بهم البلاءَ ، و يُزِيلُ الأعداءَ ، ويُنْزِلُ غَيْثَ السماءِ ، فواللهِ لَهَؤُلاءِ مِن قُرَّاءِ القرآنِ أَعَزُّ من الكِبْرِيتِ الأَحْمَرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca al-Qur'an bertujuan mencari makan daripada orang ramai, dia pasti datang pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya bertulang tanpa daging. Tiga kategori pembaca al-Qur'an iaitu: Seseorang yang membaca al-Qur'an, lalu dia menjadikan al-Qur'an seperti barang dagangan, dia niagakan kepada para penguasa dan untuk mendapat perhatian orang ramai. Seseorang yang membaca al-Qur'an, lalu dia menunaikan huruf-hurufnya dan mensia-siakan batasnya, mereka itu ramai dalam kalangan pembaca al-Qur'an, semoga Allah tidak membanyakkan mereka. Seseorang yang membaca al-Qur'an, lalu dia meletakkan al-Qur’an sebagai ubat bagi penyakit hatinya, dia berjaga malam membaca al-Qur'an, pada siang hari dia dahagakan al-Qur'an. Mereka memakmurkan al-Qur'an di masjid-masjid mereka, kerana merekalah Allah menolak bala, menghilangkan musuh, dan menurunkan hujan daripada langit. Demi Allah, mereka benar-benar pembaca al-Qur'an yang lebih mulia berbanding sulfur (belerang) merah.
Sahabat Perawi
- Burdah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1420, hadis no. 7213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Burdah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca al-Qur'an bertujuan mencari makan daripada orang ramai, dia pasti datang pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya bertulang tanpa daging. Tiga kategori pembaca al-Qur'an iaitu: Seseorang yang membaca al-Qur'an, lalu dia menjadikan al-Qur'an seperti barang dagangan, dia niagakan kepada para penguasa dan untuk mendapat perhatian orang ramai. Seseorang yang membaca al-Qur'an, lalu dia menunaikan huruf-hurufnya dan mensia-siakan batasnya, mereka itu ramai dalam kalangan pembaca al-Qur'an, semoga Allah tidak membanyakkan mereka. Seseorang yang membaca al-Qur'an, lalu dia meletakkan al-Qur’an sebagai ubat bagi penyakit hatinya, dia berjaga malam membaca al-Qur'an, pada siang hari dia dahagakan al-Qur'an. Mereka memakmurkan al-Qur'an di masjid-masjid mereka, kerana merekalah Allah menolak bala, menghilangkan musuh, dan menurunkan hujan daripada langit. Demi Allah, mereka benar-benar pembaca al-Qur'an yang lebih mulia berbanding sulfur (belerang) merah. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1356]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman